Accessibility Tools

Skip to main content

RAPID BUS PERKUKUH KESELAMATAN OPERASI MELALUI KEMPEN HSE 2026

14 May 2026 | Farrah Asian Trucker Media | Sustainable Mobility & Innovations
images/newsimages_bus_bahasa/2026/Gambar 2.jpeg#joomlaImage://local-images/newsimages_bus_bahasa/2026/Gambar 2.jpeg?width=1600&height=1066
Inisiatif berterusan tingkatkan keselamatan perjalanan dan keyakinan penumpang

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) melancarkan  Kempen Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) 2026 bertemakan “Arrive  Safe, Work Safe, Go Home Safe” sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh tahap keselamatan operasi serta meningkatkan keyakinan 
penumpang terhadap perkhidmatan bas Rapid KL dan Rapid Penang. Kempen HSE 2026 ini menekankan pembudayaan amalan keselamatan dalam  kalangan warga kerja melalui pendekatan Perlakuan Tanpa Kompromi (PTK), yang memerlukan setiap kakitangan sentiasa mematuhi prosedur operasi, mengurus risiko secara proaktif serta mengutamakan keselamatan ketika bertugas.  

Pelaksanaan kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga 
kerja Rapid Bus mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri serta penumpang. 
Pada masa yang sama, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif penambahbaikan 
berterusan syarikat bagi memperkukuh budaya kerja selamat dalam organisasi.  
Pengerusi Rapid Bus Sdn Bhd, YBhg. Dato’ Seri Haji Mustafar Haji Ali berkata, 
“Keselamatan bukan sekadar keutamaan operasi, tetapi merupakan asas kepada 
kepercayaan penumpang terhadap perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya 
perkhidmatan bas Rapid KL. Sehubungan itu, usaha pencegahan dan kesedaran 
keselamatan akan terus dipertingkatkan, termasuk dari aspek pemanduan berhemah, 
kesiapsiagaan petugas serta pengurusan risiko di lapangan demi memastikan 
pengalaman perjalanan yang lebih selamat kepada penumpang dan pengguna jalan 
raya.” 

Antara aktiviti di bawah kempen ini adalah pengagihan sebanyak 2,500 jaket 
keselamatan kepada kakitangan yang menunggang motosikal ke tempat kerja, 
sekaligus melengkapkan pengagihan 3,000 jaket keselamatan yang telah 
dilaksanakan pada tahun 2024. Langkah ini bertujuan memastikan kebajikan dan 
keselamatan warga kerja sentiasa terpelihara serta menyokong kelancaran operasi 
harian perkhidmatan. 

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria berkata 
pelbagai langkah telah dan sedang dilaksanakan bagi memperkukuh keselamatan 
operasi, termasuk latihan pemanduan defensif untuk kapten bas, pelaksanaan zon 
keselamatan (safety zoning) di depoh, serta penyediaan kemudahan rehat khas bagi 
memastikan kapten bas sentiasa berada dalam keadaan cergas dan fokus ketika 
bertugas. 

Katanya, “Langkah-langkah ini memberi kesan langsung kepada tahap keselamatan 
perjalanan penumpang, selain menyumbang kepada peningkatan prestasi 
keselamatan Rapid Bus secara keseluruhan, termasuk pencapaian dalam penanda 
aras antarabangsa melalui platform International Bus Benchmarking Group (IBBG).” 

Pada masa sama, pelaksanaan kempen HSE 2026 selaras dengan agenda kerajaan 
dalam mempertingkatkan keselamatan jalan raya melalui kerjasama bersama Agensi 
Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan 
Pekerjaan (JKKP) bagi memastikan pematuhan serta budaya keselamatan terus 
diperkasa. 



© All rights reserved.
Powered by Klaus Fuchs Communication.

Back to Top